MENYIMPANG SEINCI SERIBU BATU AKAN RUGI ; USAH MALU PERBAIKI DIRI TANPA SALING MENYAKITI

Rabu, 15 April 2015

PELAKSANAAN DAN PENYEBARAN INOVASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH

Definisi



PENDAPAT TOKOH

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Everett M. Rogers (1983)
       
“Innovation is an idea, practice, or object that is    perceived as new by an individual or another unit of adoption”.

Inovasi ialah satu idea, gagasan, praktik atau objek   yang disedari dan sebagai penerimaan sesuatu   yang baharu.

  • Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

RUMUSAN DEFINISI


Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-
Penghasilan baru
Berbentuk maujud dan mujarad
Berdasarkan proses penyusunan semula
Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
Dikatakan sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

                                       TUJUAN INOVASI



INOVASI PENDIDIKAN

Kemampuan guru dan pelajar untuk membina
transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama ada
dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan
perkembangan semasa ke arah penjanaan dan
perkembangan minda yang lebih dinamik.

     Faktor yang perlu dititikberatkan



Ciri-ciri guru inovatif

Guru bermotivasi
  - Pendidik yang mempunyai keupayaan   tinggi dalam menyempurnakan tugas   secara berkesan, berdaya saing, kreatif,   positif dan menumpukan perhatian   terhadap pencapaian matlamat pendidikan.
  - Guru yang sentiasa memiliki dorongan   intrinsik dan ekstrinsik yang membolehkan   mereka menghasilkan idea bernas.




PERANAN GURU INOVATIF 




LAGU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA



SMK SAUJANA UTAMA
INDAH CERIA MEMPERSONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA
BERDISIPLIN AMALAN SEMUA
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA, BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAHKU NAN BERWAWASAN
KECEMERLANGAN DALAM PELAJARAN
KO KURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI, ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI
SMK SAUJANA UTAMA CEMERLANG
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAI MU TAK TERBANDING, DOA KAMI MENGIRING
GEMILANG SEKOLAHKU SELAMANYA

LAGU OLEH: ENCIK ROSLI AHMAD
LIRIK OLEH: ENCIK ROSLI AHMAD DAN PUAN CHE KAMALIAH ENDUD


SEJARAH SEK. MEN. KEB. SAUJANA UTAMA

SMK Saujana Utama telah dibuka pada tanggal 22 Mei 2003. SMK Saujana Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Bandar Saujana Utama. Nama asal sekolah ini sebenarnya ialah SMK Saujana Utama, Ijok, kerana terletak di dalam Mukim Ijok, daerah Kuala Selangor. Namun atas usaha pentadbir SMSKU pada masa itu bersama pengetua yang pertama iaitu Pn. Che Kamaliah bt Endut, nama sekolah ini telah ditukar seperti yang sedia ada sekarang.
Pada tahun 2003, bilangan pelajarnya hanya berjumlah 65 orang dan bilangan gurunya ialah 13 orang. Pada masa itu hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan 1 dan satu kelas tingkatan 2. Namun dengan bertambahnya bilangan penduduk di kawasan perumahan Saujana Utama ini, bilangan pelajar SMK Saujana Utama juga telah meningkat dengan mendadak menjadi 7 buah kelas pada tahun 2004.
SMK Saujana Utama telah memulakan sesi petang pada tahun 2009. Pn Kamariah Bt Mohd telah dilantik menjadi GPK Petang yang pertama dengan bilangan guru seramai 12 orang. Persekolahan sesi petang hanya terdapat 8 buah kelas tingkatan 1 sahaja. Manakala sesi pagi pula terdapat 25 buah kelas terdiri daripada tingkatan 2,3,4 dan 5 dengan bilangan guru seramai 73 orang.
Pada tahun 2011,mengikut jumlah daftar pada akhir tahun, bilangan pelajar SMK Saujana Utama ialah 1983 orang dan bilangan gurunya ialah 132 orang. Terdapat dua sesi persekolahan, iaitu sesi petang yang terdiri daripada tingkatan 1 dan tingkatan 2 melibatkan 33 buah kelas . Manakala sesi pagi terdiri daripada tingkatan 3,4 dan 5 melibatkan 35 buah kelas.
SMK Saujana Utama yang berkeluasan 12 ekar (4.86 hektar ini) telah diterajui oleh empat orang pengetua dalam tempoh 2003 hingga 2014. Tonggak teraju kecemerlangan SMK Saujana Utama dimulai oleh Pn. Che Kamaliah bt Endut, Tuan Hj Najib bin Ayub, Pn. Salmah bt Mohd Yassin dan kini diteruskan oleh En. Hasan Abrar bin Hj. Halidi.
Semoga SMK Saujana Utama akan terus maju dan cemerlang dalam usaha melaksanakan misi dan visi sekolah kearah melahirkan warga SMKSU yang BERDISIPLIN, BERPRESTIJ DAN BESTARI. Insyallah.



MISI

Memaksimumkan segala potensi sumber melalui pengurusan program pendidikan secara terancang dan berterusan

VISI

Melahirkan warga SMKSU yang berprestij

DUNIA LATIHAN MENGAJAR





Lencana Sekolah

Keseluruhan lencana menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ia juga melambangkan cita-cita warga SMKSU yang berusaha menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berpegang teguh kepada undang-undang negara.


Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat.



 

TENTANG SAYA :)





NAMA : ATIRAH BINTI MOHD RIDUAN

NO. MATRIK : D20111047533

ASAL : MACHANG, KELANTAN

ALAMAT LATIHAN MENGAJAR : 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA, 
PERSIARAN SAUJANA  1, SAUJANA UTAMA, 
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.




PENGLIBATAN DI SEKOLAH


AJK Majlis Perasmian Bulan IhyaRamadhan Tahun 1435 H / 2014 M
Guru pembimbing Kelab Kesenian dan Kebudayaan
Guru pembimbing Unit Uniform Pengakap Platun 2
Guru rumah sukan Temenggung
Guru pembimbing Kelab Badminton Lelaki
AJK pendaftaran Majlis Iftar Jamaie Ramadhan 1435 H / 2014 M
Pengiring peserta Qari dan Qariah Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutupan Bulan IhyaRamadhan.
Ajk Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin (PMR&SPM) serta Motivasi Kerohanian Tahun 2014
AJK persembahan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
AJK pengurusan pelajar  Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong Sesi Petang


Penglibatan di UPSI

SUKSIS
Kursus  Asas Kor Suksis IPTA - Modul Etika dan Pengurusan Integriti 2012
                   - Kursus Renang dan Asas Pertolongan Cemas 2013
                  -  Kursus Tugas Am Anggota Polis 2014
AJK Kempen Penunggang Berhemah & Konvoi Kembara Motosikal Jelajah PDRM 2012
Program Latihan Transformasi  KOR SUKSIS UPSI
Pengerusi majlis dalam Majlis Penutupan Minggu Haluan Suksis MiHaS 2013
AJK logistik dan perkhidmatan Karnival Sukan Suksis  Zon Utara (SuTRA) 2013
AJK protokol dan jemputan Majlis Kecemerlangan PSP 2013
Pramusaji Majlis Makan Malam  Suksis 2013
Peserta perbarisan sempena peringatan hari polis ke-207 peringkat kontinjen perak 2014
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) 2014
Peserta Perbarisan Tamat Latihan  dan Sijil Pelantikan Pegawai KOR SUKSIS  IPTA  kali ke-10  Tahun 2014

Selain SUKSIS
Pengerusi majlis  Malam Psikolinguistik 2013
Ahli Jawatan kuasa Pelaksana Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu kali ke-2
AJK unit protokol dan sambutan Malam Anugerah Perbayu
Pengerusi Majlis  Malam Psikolinguistik 2014
Peserta Kolokium Pemikiran Pendeta Za’ba 2015