SMK SAUJANA UTAMA
INDAH CERIA MEMPERSONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA
INDAH CERIA MEMPERSONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA
BERDISIPLIN AMALAN
SEMUA
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA, BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAHKU NAN BERWAWASAN
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA, BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAHKU NAN BERWAWASAN
KECEMERLANGAN
DALAM PELAJARAN
KO KURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI, ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI
KO KURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI, ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI
SMK SAUJANA UTAMA
CEMERLANG
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAI MU TAK TERBANDING, DOA KAMI MENGIRING
GEMILANG SEKOLAHKU SELAMANYA
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAI MU TAK TERBANDING, DOA KAMI MENGIRING
GEMILANG SEKOLAHKU SELAMANYA
LAGU
OLEH: ENCIK ROSLI AHMAD
LIRIK OLEH: ENCIK ROSLI AHMAD DAN PUAN CHE KAMALIAH ENDUD
LIRIK OLEH: ENCIK ROSLI AHMAD DAN PUAN CHE KAMALIAH ENDUD
SEJARAH SEK.
MEN. KEB. SAUJANA UTAMA
SMK Saujana Utama telah dibuka pada tanggal 22 Mei 2003. SMK Saujana
Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Bandar
Saujana Utama. Nama asal sekolah ini sebenarnya ialah SMK Saujana Utama, Ijok,
kerana terletak di dalam Mukim Ijok, daerah Kuala Selangor. Namun atas usaha
pentadbir SMSKU pada masa itu bersama pengetua yang pertama iaitu Pn. Che
Kamaliah bt Endut, nama sekolah ini telah ditukar seperti yang sedia ada
sekarang.
Pada tahun 2003, bilangan pelajarnya
hanya berjumlah 65 orang dan bilangan gurunya ialah 13 orang. Pada masa itu
hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan 1 dan satu kelas
tingkatan 2. Namun dengan bertambahnya bilangan penduduk di kawasan perumahan
Saujana Utama ini, bilangan pelajar SMK Saujana Utama juga telah meningkat
dengan mendadak menjadi 7 buah kelas pada tahun 2004.
SMK Saujana Utama telah memulakan sesi
petang pada tahun 2009. Pn Kamariah Bt Mohd telah dilantik menjadi GPK Petang
yang pertama dengan bilangan guru seramai 12 orang. Persekolahan sesi petang
hanya terdapat 8 buah kelas tingkatan 1 sahaja. Manakala sesi pagi pula
terdapat 25 buah kelas terdiri daripada tingkatan 2,3,4 dan 5 dengan bilangan
guru seramai 73 orang.
Pada tahun 2011,mengikut jumlah daftar
pada akhir tahun, bilangan pelajar SMK Saujana Utama ialah 1983 orang dan
bilangan gurunya ialah 132 orang. Terdapat dua sesi persekolahan, iaitu sesi
petang yang terdiri daripada tingkatan 1 dan tingkatan 2 melibatkan 33 buah
kelas . Manakala sesi pagi terdiri daripada tingkatan 3,4 dan 5 melibatkan 35
buah kelas.
SMK Saujana Utama yang berkeluasan 12
ekar (4.86 hektar ini) telah diterajui oleh empat orang pengetua dalam tempoh
2003 hingga 2014. Tonggak teraju kecemerlangan SMK Saujana Utama dimulai oleh
Pn. Che Kamaliah bt Endut, Tuan Hj Najib bin Ayub, Pn. Salmah bt Mohd Yassin
dan kini diteruskan oleh En. Hasan Abrar bin Hj. Halidi.
Semoga SMK Saujana Utama akan terus
maju dan cemerlang dalam usaha melaksanakan misi dan visi sekolah kearah
melahirkan warga SMKSU yang BERDISIPLIN, BERPRESTIJ DAN BESTARI. Insyallah.
MISI
Memaksimumkan segala potensi sumber melalui pengurusan program
pendidikan secara terancang dan berterusan
VISI
Melahirkan warga SMKSU yang berprestij
Tiada ulasan:
Catat Ulasan